Friday 2 August 2013

Aktiviti Sarana Ibu Bapa - Majlis Iftar Sumbangan PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun 2013

Majlis Iftar Sumbangan PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun 2013 diadakan pada 30 Julai 2013. Turut dijemput ke majlis ini ialah Pengarah JPN Perak dan PPD Kinta Utara.  Selepas berbuka, aktiviti solat Tarawih & Witir Berjemaah diadakan di Surau SMK Raja Permaisuri Bainun.

Sarana Ibu Bapa - Sokongan PIBG dalam menjayakan OMB

Johan Okestra Patriotik Peringkat Kebangsaan 2013.

Lagu Setia. http://www.youtube.com/watch?v=Pzgg2TcG5HM





Sarana Ibu Ibapa - Sokongan PIBG dalam menjayakan Okestra Muda Bainun (OMB)

Johan Okestra Patriotik Peringkat Kebangsaan 2013 yang diadakan di Panggung Budaya UPSI

                                                    OMB - Rock You Like A Hurricane


Aktiviti Sarana Ibu Bapa PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun 2013

Aktiviti Sarana Ibu Bapa PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun 2013



Program Motivasi dan Pemantapan Sahsiah Pelajar Tingkatan 3, 5,  dan 6; Nama PenceramahMohd Zaid b. Othman;  (Bapa kepada Siti Adibah bt. Mohd. Zaid, Tingkatan 3 Beta)

Penglibatan Sektor Swasta, Alumni SMK Raja Permaisuri Bainun - Terima kasih Dato' Faisal

Terima kasih Dato' Faisal (Alumni SMK Raja Permaisuri Bainun) yang telah bermurah hati memberikan sumbangan sebanyak RM 50 000.00 (RM5000 kepada PIBG dan RM45000 untuk aktiviti SMK RPBaiun) semasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Raja Permaisuri Bainun 2013.

                                          Menyambut ketibaan Dato' Faisal


Dialog Inisiatif Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Dalam Pendidikan Peringkat Kebangsaan

Dialog Inisiatif Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Dalam Pendidikan Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Kompleks Sukan, Paroi, Negeri Sembilan pada 14 Mei 2013. Alhamdulillah, saya terpilih sebagai salah seorang panel bersama panel lain iaitu Datuk Siva Subramaniam (NGO) dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Antara VVIP yang hadir ialah Datuk Dr. Khair (Timbalan KPPM).


Penerimaan cenderahati daripada Datuk Dr Khair (Timbalan KPPM)


                               Sedang berbincang dengan ahli panel Sarana Kebangsaan

Taklimat KSIB Kepada Ibu Bapa yang Hadir

Taklimat disampaikan oleh saya dengan dengan dibantu oleh AJK PIBG yang lain pada 16 Mei 2013 bertempat di Dewan Permaisuri Bainun, SMK Raja Permaisuri Bainun..

                                         Saya sedang memberikan taklimat sarana, ksib dan perkembangan PIBG Bainun

                                          Pendaftaran kehadiran mesyuarat



                                           Taklimat kepada ibu bapa tentang KSIB
             
                                          Ibu Bapa yang hadir dan berminat memberikan sumbangan.

Penubuhan Task Force Sarana Jabatan Pelajaran Negeri Perak

Mesyuarat penubuhan Task Force penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta (Bil 1/2013) telah diadakan di JPN Perak pada 19 Julai 2013. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd Idris Ramli (Timbalan Pengarah JPN Perak)..

Dr. Abdul Hadi  bin Mat Dawi (YDP PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun) dan Pn. Mastura bt.Kahan Saaib (PK Pra U SMK Raja Permaisuri Bainun) masing-masing selaku Jurulatih Utama Sarana PIBG Negeri Perak telah dilantik sebagai AJK Task Force ini.

Tumpuan aktiviti akan digiatkan khususnya bagi sekolah-sekolah Band 5 dan ke atas.

Penubuhan KSIB Di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Ibu Bapa PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun 2013 tekah ditubuhkan dengan rasminya pada 16 Mei 2013.

JAWATANKUASA KHAS KSIB

1. SILATURRAHIM
a) EN BUDI ALFAHMI BIN MOHD ZAID
b) PN ALINA BINTI ALIAS

2. KOMUNIKASI
a) EN ROSLI BIN AHMAD
b) PN NORLYDAWATI BINTI RAMLY

3. DANA
a) EN ZAMLIE SHAH BIN TAARIF SHAH
b) PN ZAINAB BINTI JALI

4. PENTADBIRAN
a) EN KHAIRUL NIZA
b) PN NOOR JULIANA BINTI MAT ISA

5. KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
a) EN MOHD GHAZALI BIN HASAN ZAWAWI
b) PN ROSMAH BINTI ABDUL RAHMAN





ATIVITI KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB) SMK RAJA PERMAISURI BAINUN

1.      Fokus perbincangan ialah :
a) Menyediakan suasana pembelajaran di rumah
b) Interaksi sosial
c) Komunikasi dengan anak
d) Sokongan akademik



2.   Mengenalpasti 6 elemen yang menyokong pembelajaran pelajar :
a) Iklim sekolah
b) Komunikasi berkesan
c) Sokongan terhadap kejayaan murid
d) Tanggungjawab bersama
e) Keputusan bersama
f) Kerjasama dengan komuniti

Kandungan Sarana Ibu Bapa


Kandungan Sarana Ibu Bapa :

Kenapa Ibu Bapa Patut Terlibat Dalam Pembelajaran Anak?
Bagaimana Menggunakan Sarana Ini? 
Soal selidik Penglibatan Ibu Bapa/Penjaga dalam Pembelajaran Anak 
Analisis Kendiri oleh Ibu Bapa 
Analisis Keseluruhan oleh Ibu Bapa
Bagaimana Merancang Untuk Mengatasi Masalah? 
Beberapa Contoh Amalan Terbaik
Peranan Ibu Bapa
Borang A: Penyertaan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa
Borang B: Khidmat Bantu Kepada Sekolah

Apa itu KSIB ?

Apa itu Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)?
KSIB adalah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.

Empat Isu Dalam Sarana Ibu Bapa


  •          Menyediakan suasana pembelajaran di rumah
  •          Interaksi sosial
  •          Komunikasi dengan anak
  •         Sokongan akademik



Bagaimana Sarana Ibu Bapa dilaksanakan ?

Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa melalui :

  • Membangkitkan kesedaran melalui soal selidik / muhasabah
  • Membuka peluang berkongsi pengalaman melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)



Objektif Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa

Objektif pelaksanaan sarana ibu bapa adalah untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah.



Sarana Ibu Bapa

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan  bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta: M A L A Y S I A

Maksud Sarana

Mengikut Kamus Dewan (Edisi -4), Sarana merupakan (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.