Wednesday 1 January 2014

Lawatan Panel Penilai PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaaan Tahun 2013 ke SMK Raja Permaisuri Bainun

Lawatan Panel Penilai PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaaan Tahun 2013 ke SMK Raja Permaisuri Bainun telah berlangsung pada 24 Disember 2013. Sesi pembentangan oleh YDP PIBG - Dr. Abdul Hadi bin Mat Dawi telah dijalankan di Bilik Gerakan PIBG.  Aspek yang dinilai ialah (1) Pengurusan & Pentadbiran PIBG; (2) Pengurusan Kewangan; dan (3) Aktiviti PIBG - Termasuk Sarana dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB).

PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun telah terpilih mewakili Negeri Perak ke Pertandingan di Peringkat Kebangsaan bagi kali yang kedua (Kategori Sekolah Menengah - Bandar). Sebelum itu,PIBG SMK Raja Permaisuri Bainun telah menjadi Johan Peringkat Negeri Perak dan Daerah Kinta Utara (Kategori Sekolah Menengah Bandar).